MATLAMAT PROGRAM KIDA1M:
Merapatkan jurang digital di kalangan belia-belia dan juga orang-orang melayu:
Matlamat program ini ialah untuk mendedahkan seramai mungkin rakan-rakan kita khususnya di kalangan belia beliawanis ke dunia ICTwalaupun ramai menganggap yang mereka sudah mahir dalam bidang ini.
Berapa ramaikah yang menggunakan Internet sebagai “sahabat” mereka untuk menyelesaikan masalah harian seperti membayar bil, membeli barangan yang di perlukan, membeli tiket bas, tren mahu pun kapalterbang?Mengapa masih ramai di antara kita masih sanggup berbaris panjang di kaunter-kaunter bayaran hanya untuk membayar bil letrik, bil air mahu pun bil astro?.
Lebih panjang barisan atau lebih sesak pejabat pos atau pusat bayaran setempat membuktikan ramai di antara kita yang masih tidak menerima hakikat bahawa Internet sebenarnya boleh membebaskan mereka daripada masalah tersebut.
Selain menggunakan ICT untuk kemudahan harian, program ini telah pergi jauh lagi untuk mendekatkan orang awam dengan dunia Internetdengan memiliki laman web mereka masing-masing atau sekurang-kurangnya memiliki blog masing-masing untuk meletakkan diri mereka bersama jutaan “rakyat” lain di dunia maya yang dipanggil Internet.
Dan, yang akhir sekali, matlamat program ini ialah memberikanganjaran kewangan kepada mereka yang telah mendapat manfaat dariprogram ini apabila mereka mengenalkan sistem ini kepada rakan-rakan mereka.
Hanya dengan menggunakan sistem ini dan memberitahu kepada rakan-rakan dan apabila mereka juga menggunakan sistem ini, ganjaran yang teramat istimewa menanti anda.